Monday, June 4, 2018

Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia

10 Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Sepanjang Zaman

10.) Franz Beckenbauer


The German Franz Beckenbauer is #10 in our list of the greatest soccer players everPemain Jerman -  Franz Beckenbauer yang cukup versatile ini bermula pada posisi tengah dan membuat 103 penampilan bersama Jerman Barat. 2 kali dicalonkan sebagai European Footballer of the Year dan pernah bermain 3 kali dalam kejohanan Piala Dunia.
Tahun bermain: 1964-1983
Pasukan Kebangsaan: Jerman (103 caps, 14 gol)
Kelab: Bayern Munich, New York Cosmos, Hamburger SV
 
Franz Beckenbauer pemain yang cukup popular di Jerman dari seorang pemain bolasepak dan begitu juga pengaruh beliau dalam bolasepak Jerman. Juga dikenali dengan pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman.


Nama gelaran : Der Kaiser (The Emperor).

Kerana mampu menghalang serangan lawan dan juga mampu menggerakkan serangan pasukan serta menjaringkan gol.

Bersama Bayern Munich , beliau berjaya memenangi European Champions Cup pada 1974, 1975 dan 1976.

Bersama pasukan kebangsaan Jerman, beliau berjaya memenangi European Nations Championship pada tahun 1972 dan Piala Dunia pada tahun 1974 sebagai kapten.

Kejayaan individu pula beliau berjaya memenangi 2 kali  Ballon d’Or (Best European Footballer of the Year)pada tahun 1972 dan 1976.

Selepas bersara daripada menjadi pemain bolasepak, beliau seterusnya meraih kejuaraan bersama pasukan Jerman pada tahun 1990 sebagai pengurus pasukan kebangsaan Jerman dalam kejohanan Piala Dunia.

Selain daripada Mario Zagallo (Brazil) beliau satu-satunya pemain yang berjaya meraih kejohanan Piala Dunia selaku pemain dan jurulatih.

9.) Michel Platini


Michel Platini of France ranks #9 in this top ten list of best footballers of all time
Michel Platini  pemain Perancis yang berjaya memenangi Ballon d'Or sebanyak 3 kali pada tahun 1983, 1984 dan 1985. Menyertai kejohanan Piala Dunia pada tahun 1978, 1982 dan 1986 serta pemegang rekod selaku penjaring terbanyak dlam kejohanan European Championship dengan 9 gol.

Tahun bermain: 1972-1987
Pasukan Kebangsaan: France (72 caps, 41 gol)
Kelab: Nancy, Saint-Etienne, Juventus


Michel Platiniya ng bermain diposisi attacking midfielder sepanjang karier bolasepak beliau terkenal dengan reputasi selaku pakar sepakan percuma.

Nama gelaran : Le Roi (The King)

Memenangi European Cup  bersama Juventus pada tahun 1985 dan memenangi Euro Cup bersama Perancis pada tahun 1984. Ketika kejohanan European Football Championship pada 1984, beliau telah menjaringkan 9 gol dalam 5 perlawanan dan rekod ini kekal sehingga sekarang.

Memenangi Ballon d’Or secara berturut-turut sebanyak 3 kali bermula tahun 1983 sehingga 1985.

Selepas bersara daripada menjadi pemain bolasepak beliau menamatkan karier beliau selaku pengurus Perancis pada tahun 1992 setelah pasukan Perancis tersingkir pada pusingan pertama European Championship.

Pada tahun 2007 beliau berjaya menjadi Presiden UEFA sehingga tahun 2015.


8.) Eusebio da Silva Ferreira


Eusebio of Portugal is #8 in our history's greatest football players

Eusebio daripada Portugal adalah dianggap sebagaia pemain S.L. Benfica dan juga pemain yang paling terkenal dipasukan kebangsaan Portugal. Selain itu beliau merupakan salah seorang penyerang bertaraf dunia pertama kelahiran Afrika. Beliau merupakan penjaring terbanyak Piala Eropah pada 1964-1966 dan 1967-1968.

Tahun bermain : 1961-1978Pasukan Kebangsaan : Portugal (64 caps, 41 gol)
Kelab: Benfica, CF Monterrey dan 5 kelab berbeza dalam North American Soccer League (NASL).
 

Eusebio da Silva Ferreira adalah ikon bola sepak Portugal kelahiran Mozambique dan lebih dikenali sebagai Eusebio. Beliau adalah pemain terkenal Benfica dan juga merupakan pemain pasukan kebangsaan Portugal tahun 1960-an.

Eusebio terkenal dengan kemahiran, ketangkasan, dan keupayaan menjaringan gol. Sebagai seorang penyerang beliau memilikki kepantasan dan licik serta mampu beraksi dengan baik dan menakjubkan. Bersama pasukan kebangsaan Portugal, beliau telah  menjaringkan 41 gol dalam 64 penampilan.

Bersama Benfica, prestasi beliau sangat menakjubkan dengan berjaya menjaringkan 317 gol dalam 301 perlawanan.

Eusebio membina kerjayanya di Benfica, yang mana beliau berjaya memenangi European Football Cup pada tahun 1962. Beliau juga membantu skuad bola sepak Portugal memenangi tempat ketiga pada Piala Dunia 1966  dan beliau telah menjaringkan 9 gol dikejohanan tersebut.

Beliau telah memenangi anugerah individu yang paling berprestij di Eropah, Ballon d'Or pada tahun 1965. Beliau juga memenangi dua anugerah European Golden Boots (1968 dan 1973), anugerah yang diberikan kepada pemain bolasepak  yang berjaya menjaringkan gol terbanyak dalam liga terbaik di Eropah dalam satu musim.

Malangnya, Eusebio terpaksa menamatkan kerjaya antarabangsa nya pada tahun 1974 kerana kecederaan lutut. Tetapi beliau masih bermain diperingkat kelab dimana beliau memenangi gelaran NASL dengan Toronto Croatia (North America), kemudiannya memenangi kejuaraan liga Mexico bersama CF Monterrey.


7.) Bobby Charlton


England's Bobby Charlton places #7 among the top ten greatest footballer in history
Bobby Charlton pemain England yang terkenal kerana beliau memilikki naluri "membunuh" yang cukup berbisa serta kebolehan "killer passing" dari bahagian tengah. Beliau bermain untuk 4 Piala Dunia, pada tahun 1958, 1962, 1966 dan 1970. Beliau juga membantu England memenangi kejohanan berprestij itu pada tahun 1966.
Tahun bermain :  1954-1975Pasukan Kebangsaan : England (106 caps, 49 gol)
Kelab : Manchester United, Preston North End


Beliau merupakan kapten England pada 1966 dan berjaya meraih kejuaraan Piala Dunia pada tahun itu. Beliau juga merupakan ahli Babes Busby, barisan Manchester yang terkenal tahun 1950-an. Beliau dianggap sebagai pemain bola sepak Inggeris terbaik sepanjang masa.

Beliau mempunyai kemahiran yang tiada tandingan sebagai " ball passer" dan juga sebagai penjaring gol. Selain mampu  membuat percubaan "chip" dan rembatan rendah yang padu.Walaupun beliau tidak pernah ditugaskan sebagai penyerang namun beliau merupakan pemegang rekod penjaring gol untuk England (49 gol dalam 106 penampilan).

Selain daripada memenangi Piala Dunia 1966 beliau juga memenangi Piala Eropah pada tahun 1968 dan beberapa kejohanan domestik bersama Manchester United.

Anugerah pencapaian individu beliau adalah seperti  FIFA World Cup Golden Ball (1966) dan Ballon d'Or (1966).

Beliau menjadi pengurus kepada kelab Preston North selaku pemain-pengurus selepas meninggalkan Manchester United. Beliau akhirnya meninggalkan Preston pada akhir musim 1974-1975 dan menjadi pengulas bagi British Broadcasting Corporation (BBC). Beliau juga terlibat dalam beberapa pertubuhan amal selepas bersara.


6.) Johan Cruyff


Johan Cruyff is one of the best soccer players in the world during his time and is ranked #6 in our list
Johan Cruyff kapten pasukan Belanda yang membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir FIFA World Cup 1974 akhir dan juga menerima anugerah Golden Ball sebagai pemain terbaik kejohanan.
Tahun bermain : 1964-1984Pasukan Kebangsaan : Belanda (48 caps, 33 gol)
Kelab : Ajax, Barcelona, Los Angeles Aztecs, Washington Diplomats, Feyenoord


Johan Cruyff merupakan antara pemain bolasepak (posisi tengah) yang hebat pada tahun 1970-an dan merupakan tulang belakang kejayaan kelab ketika bersama Ajax, Barcelona dan pasukan bola sepak Belanda ketika itu.

Cruyff yang digambarkan pemain moden dalam tahun 70-an dengan kehebatan fizikal dan teknikal beliau.

Memperolehi nama gelaran "El Flaco" (The kurus).

Memilikki kelajuan yang luar biasa ketika itu disamping stamina yang cukup tinggi yang mana tidak ramai pemain lain milikki ketika itu. Pemain paling berbakat sepanjang masa dengan skill gelecekan yang tinggi serta dianggap pemain yang "most gifted technicians".

Pencapaian bersama kelab (Ajax) - memenangi European Cup sebanyak 3 kali
berturut-turut (1971, 1972 dan 1973) dan Intercontinental Cup (1972).

Bersama Barcelona, beliau mencipta kejayaan dengan merangkul kejuaraan liga dan menamatkan kemarau (Barcelona) untuk memenangi kejuaraan itu selama 14 tahun pada tahun 1974.

Beliau yang merupakan kapten pasukan Belanda pada era tahun 1970 an dan pasukan Belanda ketika itu dikenali dengan pasukan "Total Football".

Walaupun memilikki bakat yang luar biasa namun beliau tidak pernah memenangi sebarang kejohanan dengan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau yang mewakili Belanda pada kejohanan Piala Dunia 1974 hanya mampu memperolehi "tempat kedua" setelah Belanda kalah kepada Jerman Barat pada aksi akhir Piala Dunia 1974.

Selepas bersara beliau menjadi pengurus kepada 2 bekas kelab yang diwakili nya dahulu iaitu Ajax dan Barcelona.

Pencapaian beliau selaku pengurus juga amat mengagumkan dengan kejayaan bersama Ajax - memenangi European Cup Winner’s Cup (Ajax 1987 dan Barcelona 1989) dan European Cup bersama Barcelona pada tahun 1992.


5.) Ferenc Puskas.


Ferenc Puskas of Hungary is #5 among the finest soccer players ever
Ferenc Puskas dari Hungary merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Hungary. Beliau juga memenangi tiga Piala Eropah, 10 kejohanan kebangsaan dan 8 penghormatanan jaringan individu. Puskas membawa Hungary ke perlawanan akhir Piala Dunia pada tahun 1954 dimana beliau telah dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan.
Tahun bermain : 1943-1966Pasukan Kebangsaan : Hungary (85 caps, 84 gol), Sepanyol (4 caps)
Kelab: Budapest Honved, Real Madrid

Ferenc Puskas adalah seorang pemain bolasepak Hungary yang terhebat sepanjang zaman dan sangat terkenal keranan beliau sangat konsisten sebagai penjaring gol. 

Merupakan salah seorang lagenda pemain Real Madrid dan merupakan pemain yang menyertai skuad kejayaan Hungary pada tahun 1950an yang dikenali dengan Mighty Magyars.

Walaupun mempunyai bentuk badan (fizikal) yang rendah (pendek) dan gempal, beliau adalah penyerang paling prolifik dalam generasinya. 

Sebagai pemain kelab, legenda kaki kiri ini telah menjaringkan gol amat luar biasa dengan 625 gol dalam 631 perlawanan dan ketika bersama skuad bolasepak kebangsaan Hungary, beliau telah menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan. 

FIFA telah mengiktiraf pencapaian beliau ini pada tahun 2004 dengan menamakan beliau sebagai Top Scorer of the Century.

Pencapaian bersama skuad kebangsaan Hungary, beliau memenangi pingat emas Olimpik pada tahun 1952 Olimpik bagi acara bolasepak dan muncul naib juara pada Piala Dunia 1954 di Switzerland. 

Bersama Real Madrid, beliau memenangi 3 Piala Eropah dan telah memenangi anugerahkan penyerang terbaik La Liga sebanyak empat kali.

Selepas bersara, beliau telah menjadi jurulatih bolasepak, kerjaya yang membawa beliau ke setiap benua di dunia. 

Beliau meninggal dunia pada tahun 2006 disebabkan Alzheimer dan Hungary tealh mengisytiharkan tarikh pengebumian beliau sebagai hari berkabung bagi negara itu sebagai penghormatan kepada pemain bolasepak yang terulung.


4.) Ronaldo Luís Nazário de Lima.


Ronaldo de Lima of Brazil ranks #4 in our top ten list of best footballers ever
Ronaldo pemain Brazil merupakan pemenang 3 kali anugerah FIFA World Player of the Year dan 2 kali Ballon d'Or. Beliau bermain untuk Brazil dalam 98 perlawanan, menjaringkan 62 gol, dan merupakan penjaring gol kedua tertinggi untuk pasukan negaranya.
Tahun bermain : 1993-2011
Pasukan kebangsaan : Brazil (97 caps, 62 goals)
Kelab : Cruzeiro, PSV Endhoven, Barcelona, Inter Milano, Real Madrid, AC Milan, Corinthians


Beliau dikenali dengan kelajuan dan ketenangan serta kebolehan menjaringkan gol. Berkebolehan menjaringkan atau merembat menggunakan kedua-dua belah kakinya dengan tepat dan kehebatan  beliau ini seringkali dibandingkan dengan Pele.

Digelar Il Fenomeno, Ronaldo telah memenangi pelbagai gelaran bersama pasukan kebangsaan Brazil. Beliau memenangi Piala Dunia pada tahun 1994 dan 2002 dengan 62 gol dalam 97 penampilan.

Merupakan penjaring kedua tertinggi Brazil sepanjang masa dibelakang Pele (Pele dengan 72 gol dan Ronaldo 62 gol).

Walaupun beliau pernah bermain untuk banyak kelab besar di Eropah namun beliau belum pernah memenangi sebarang gelaran (kejuaraan) Champions League (Liga Juara-Juara).

Antara anugerah ataupun kejuaraan lain yang penah dimenangi beliau adalah:

  • 2 kali UEFA BEST PLAYER IN EUROPE ( bersama Real Madrid dan Inter Milan)
  • 3 kali FIFA BALLON D'OR
  • 2 kali WORLD CUP WINNER
  • 2 kali SPANISH CHAMPION
  • SPANISH CUP WINNER
  • 2 kali SPANISH SUPER CUP WINNER
  • DUTCH CUP WINNER
  • 2 kali BRAZILIAN CUP WINNER
  • UEFA CUP WINNER
  • 2 kali COPA AMÉRICA WINNER
  • CONFEDERATIONS CUP WINNER
  • INTERCONTINENTAL CUP WINNER
  • EUROPAPOKAL DER POKALSIEGER SIEGER
  • UEFA SUPERCUP WINNER
  • 4 kali TOP SCORER (03/04 & 96/97 LaLiga, 01/02 Piala Dunia 2002, 94/95 Eredivisie - Liga Belanda bersama Ajax)
  • 4 kali PLAYER OF THE YEAR - Piala Dunia 1998 & 2002, 1998 Brazil,1998 Serie A.
  • FOOTBALLER OF THE YEAR

3.) Zinedine Zidane.


French legend Zinedine Zidane is #3 in our ranking of the top football players in history
Legenda Perancis, Zinedine Zidane telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak 3 kali, pada tahun 1998, 2000 dan 2003 dan memenangi Ballon d'Or pada tahun 1998. Beliau turut menerima Golden Ball bagi pemain terbaik kejohanan Piala Dunia 2006.
Tahun bermain : 1988-2006
Pasukan Kebangsaan : Perancis (108 caps, 31 gol)
Kelab : Cannes, Bordeaux, Juventus, Real Madrid

Zinedine Zidane, lagenda bolasepak Perancis yang dianggap sebagai salah seorang pemain perancang paling cemerlang sepanjang masa. Beliau adalah perancang utama untuk pasukan kebangsaan Perancis dan untuk kelab-kelab berprestij Eropah seperti Juventus dan Real Madrid.

Sebagai pemain tengah menyerang, Zidane dikenali dengan kawalan bola yang hebat dan memberikan inspirasi kepada rakan sepasukan. Beliau mempunyai penguasaan teknikal yang luar biasa, mampu untuk menggerakkan bola ke mana sahaja beliau mahukannya.

Bersama pasukan kebangsaan Perancis, beliau memenangi Piala Dunia 1998 (di mana dia menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir) dan European football championship 2000.

Diperingkat kelab, beliau memenangi Champions League (Liga Juara-Juara_ pada tahun 2002 bersama Real Madrid, dan 2 Intercontinental Cups (1996 dengan Juventus; 2002 dengan Real Madrid).

Antara anugerah individunya pula adalah pemain FIFA of the Year sebanyak 3 kali dan anugerah Ballon d'Or pada 1998.

Perlawanan terakhir Zidane dalam Piala Dunia adalah pada tahun 2006, dimana beliau telah dikeluarkan (kad merah) selepas menanduk keatas pemain pemain pertahanan Itali, Materazzi.

Pada tahun 2009, beliau menyertai pengurusan Real Madrid sebagai penasihat kepada presiden kelab, Florentino Perez.


2.) Diego Maradona.


Argentina's Diego Maradona is #2 among the all-time best soccer players
Diego Maradona  pemain Argentina yang merupakan pemain terbaik "playmaker" yang beroperasi diposisi kalsik nombor 10. Beliau bermain dalam 4 kejohanan Piala Dunia termasuk Piala Dunia 1986 di Mexico di mana beliau menjadi kapten Argentina dan membawa Argentina mencapai kemenangan keatas Jerman Barat pada perlawanan akhir. Beliau juga memenangi anugerah Golden Bal (Bola Emas) pada kejohanan itu.
Tahun bermain : 1976-1997
Pasukan Kebangsaan : Argentina (91 caps, 34 gol)
Kelab: Argentino Juniors, Boca Juniors, Barcelona, Napoli, Sevilla FC, Newell's Old Boys

Maradona adalah salah seorang perancang terbaik bolasepak. Berkemahiran mengelecek bola dan mengawal bola dengan baik pada era beliau.

Mempunyai fizikal bersaiz kecil dan memberi satu kelebihan buat beliau untuk menukar arah dengan cepat dan membuatkan beliau begitu sukar untuk dikawal.

Walau bagaimanapun, Diego Maradona bukan sahaja yang terbaik tetapi juga yang paling teruk dalam arena bolasepak. Keupayaannya untuk melaksanakan percubaan merbahaya dan berani disamping mempunyai sifat yang aggresif serta kebijaksaan dalam menipu semasa permainan membuktikan mengapa beliau seorang pemain bolasepak yang hebat (memenangi Piala Dunia 1986) dan mengapa beliau di kategori pemain yang teruk kerana pada kejohanan Piala Dunia 1994, beliau disingkirkan dan digantung daripada bermain bolasepak akibat penggunaan dadah.

Bermain untuk Napoli (1984-1992), beliau membawa kelab itu ke Serie A championship pada tahun 1987 dan 1990 serta UEFA Cup pada tahun 1989. Sebelum kedatangan beliau ke Napoli, kelab itu tidak pernah memenangi apa-apa gelaran di Itali. Pencapaian dan kehebatan Maradona di Napoli yang membawa kelab itu mencapai kejayaan membuatkan peminat-peminat kelab itu begitu taksub dengan beliau dan menganggap beliau sebagai ikon sehingga ke hari ini.

Karier bolasepak Maradona akhirnya dicemari dengan ketagihan beliau terhadap kokain. Beliau bernasib baik kerana sempat dipulihkan daripada ketagihan kokain dan berjaya menjadi orang penting  dalam pasukan kebangsaan Argentina pada tahun 2008 apabila beliau dilantik sebagai pengurus. 

Bersama Argentina beliau hanya  mampu membawa skuad itu melangkah ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada pasukan Jerman pada kejohanan Piala Dunia 2010.


1.) "Pele" Edson Arantes do Nascimento.


Brazilian Pele is the best football player in history
Pele pemain Brazil,beliau dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman, dan disifatkan sebagai pemain yang membuatkan permainan bolasepak "permainan yang indah".

Tahun bermain : 1956-1977
Pasukan Kebangsaan : Brazil (92 caps, 77 gol)
Kelab: Santos, New York Cosmos

Pele bukan hanya pemain bolasepak terhebat sepanjang masa, beliau juga dinobatkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai "Athlete of the Century" pada tahun 1999. Beliau bermain sebagai penyerang untuk Brazil dan merupakan satu-satunya pemain yang memenangi Piala Dunia sebanyak 3 kali.
Beliau merupakan seorang pemain lengkap, memiliki kemahiran teknikal, kecerdasan, kelajuan, hantaran tepat dan naluri sebagai penjaring. 

Beliau adalah pemain terhebat sepanjang zaman kerana kesannya keatas bola sepak. Bermula dari debut profesional pertama beliau seawal usia 16 tahun sehinggalah beliau bersara. Dari debut profesional pada 16 hingga bersara, beliau telah berjaya "menenggelamkan" semua pemain lain pada era beliau. 

Sepanjang karier beliau boleh dikatakan hanya terdapat Pele dan hanya Pele.
Rekod kerjaya Pele adalah hampir tidak mampu dibayangkan. Beliau telah menjaringkan sebanyak 1281 gol dalam 1363 perlawanan (merupakan rekod dunia hingga kini).

  • 6 kali menamatkan perlawanan dengan 5 gol.
  • 30 kali menamatkan perlawanan dengan 4 gol.
  • 92 kali menamatkan perlawanan dengan 3 gol.
Jaringan gol beliau yang paling diingati adalah jaringan ke 1000 beliau di Stadium Maracana menerusi sepakan penalti. Ia mencipta satu fenomena yang tidak dapat dijelaskan. Peminat pasukan lawan turut sama bersorak terhadap legenda bolasepak Brazil ini.

Beliau telah memenangi pelbagai anugerah daripada kedua-dua kelab profesional dia dimana beliau bermain (Santos dan New York Cosmos). 

Pencapain beliau bersama kelab adalah memenangi Intercontinental Cup (1962 & 1963), Copa Libertadores (1962 & 1963), NASL Championship (1977), dan kejuaraan São Paulo (11 kali 1950-60).

Selepas bersara, Duta Brazil ke PBB telah berucap dengan mengatakan Pele telah "menghabiskan 22 tahun bermain bola sepak, dan dalam masa itu beliau (Pele) telah banyak melakukan perkara baik dan persahabatan dari semua duta pernah dilantik." 

Selepas karier bolasepak beliau berakhir, beliau telah terlibat dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan, seperti menjadi duta untuk UNICEF. 

Beliau juga dilantik sebagai duta untuk permainan bolasepak bagi menyerikan kejohanan utama diseluruh dunia sehingga kini.

#http://kakibola-my.blogspot.com/m

No comments:

Post a Comment